Selasa, 5 Disember 2017

TIPS FASILITATOR.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG FASILITATOR YANG BAIK.

SAYA KONGSIKAN 7P

PURPOSE (Tujuan)
Kita kena tahu outcome - apa kita mahu
Kenapa program latihan itu dijalankan?

PRODUCT (Modul)
Modul umpama ubat yang mengubati penyakit peserta.
Pastikan modul yang dipraktikkan sesuai dengan peserta.

PARTICIPANT (Peserta)
Siapa peserta kita - kenalpasti peserta.

PROCESS (Proses)
Merupakan perlaksanaan modul asas latihan, mesti berasaskan keperluan
semasa. Perlaksanaan program latihan yang baik bila fasilitator
bijak menggunakan VAK secara serentak. Seorang fasilitator seharusnya
menguasai dari segi Context, Content dan Choice dalam latihan.

PITFALLS (Batasan ) 
Dalam latihan ada ketikanya sesuatu tidak dijangka berlaku, seperti 
black out, tertinggal prop, dewan tiada kemudahan dan sebagaimananya.
Fasilitator yang baik mampu untuk reframing melalui Choice lain.

PREP (Persediaan)
Fasilitator yang baik akan membuat persediaan, sehari sebelum latihan bermula.
Kenalpasti di mana latihan akan dijalankan, bilangan peserta, umur dan objektif
program yang akan dijalankan.  
Sebaiknya fasilitator yang baik akan datang awal ke lokasi latihan.

PRACTICAL CONCERN (Lain - lain hal)
Fasilitator kena mengambilkira, lain-lain hal yang akan
mempengaruhi kelancaran latihan seperti PA sistem, papan putih dan
bahan- bahan latihan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan